tadi saya ada tengok album gambar kawan sekolah saya di akaun facebook dia. sekarang ini, dia sedang melanjutkan pelajaran di Edinburgh. Tiba-tiba, saya terasa sedih pula. kenapa lah saya tidak belajar bersungguh-sungguh waktu tingkatan 5 dulu? kalau tidak, mesti saya dapat tawaran belajar perubatan di russia. (suka hati saya la nak pilih russia). sedihnya.
lagi satu, semalam saya dan teman-teman berbicara mengenai lelaki-lelaki di malaysia. Kami dengan bangganya telah berputus harapan dengan semua lelaki-lelaki di Malaysia atas sebab-sebab tertentu.
Kak Mel: akak nak kahwin dengan lelaki bukan Malaysia (tidak pula beliau spesifik kan dari negara mana).
Aida: aku percaya yang aku akan kahwin dengan Chang-Min suatu hari nanti (ini pula, sangatlah spesifik. Takut saya dibuatnya).
Saya: Wani pula, nak kahwin dengan orang Germany! kalau boleh pilih lelaki kat Tesco, Wani nak beli Bill Kaulitz.. (fikiran sudah mereng).
Eh, saya ni taip tanpa henti pula. macam nak tulis lagi sahaja rasanya. tapi apakan daya, Peperiksaan Akhir Tahun hampir dekat. Nota-nota kuliah saya menari-nari di atas meja, minta diambil dan dibaca. ouh. oleh itu, sampai di sini sahaja entri saya kali ini. saya sudah insaf.
salam~!!
No comments:
Post a Comment